BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 1, 2011

Mengenali Nombor E ( E NUMBERS) Yang Digunakan Dalam Aditif Makanan

Nombor E ( E Numbers)
Nombor E ialah kod nombor untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah. Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.

Skim penomboran ini mengikut Sistem Penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius. Codex Alimentarius ialah dari bahasa Latin yang bermaksud "kod makanan" atau "buku makanan". Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.

Bagi Kesatuan Eropah, Kod E itu adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan kerana hanya sebahagian daripada bahan aditif INS yang dibenar untuk digunakan. Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, terutama Kanada dan Israel.

Pengkelasan Nombor E Mengikut Jenis Bahan Aditif
E100-E199 ---> Warna
E200-E299 ---> Pengawet
E300-E399 ---> Oksidan, Fostat, Antioksida, Pengawal Asid
E400-E499 ---> Pemekat, Pelembap, Penstabil, Emulsifier
E500-E599 ---> Garam, Regulator asid, Agen penghalang Kerak
E600-E699 ---> Penambah perisa
E900-E999 ---> Pemanis, Bahan-bahan lain
E1000-E1999 ---> Bahan kimia tambahan

Kesimpulan
Tidak semua Nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan. Contoh E yang paling kerap ditanya orang ramai adalah E471. Ia adalah sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida. sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan. Ramuan ini secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semulajadi yang boleh dihadam.

Masyarakat seharusnya peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan. Pihak industri makanan dan barang gunaan pula bertanggungjawab untuk mengenalpasti status sumber aditif makanan yang digunakan supaya tidak akan menimbulkan keraguan kepada pengguna Islam.  Manakala Bahagian Hab Halal JAKIM akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengisytihar kesemua ramuan trmasuk aditif makanan yang digunakan beserta dokumen yang kukuh ( seperti sijil halal yang diiktiraf dan analisi makmal). Jika terdapat sebarang kemusykilan, pengguna boleh menghubungi Bahagian Hab Halal ditalian 03-8315 0200

(JAKIM)

:: wallahua'lam ::
~ sentiasalah ambil tahu apa yang kita makan ~





Friday, April 29, 2011

~ K.E.M.B.A.L.I ~

Setelah sekian lama b'hibernate'..huuu, kini sy kembali semula. Lama dah xupdate sbb kekangan masa yang terlampau. Memandangkan sy ni sorg yg suka mndengar lagu dan menghayati setiap lirik lagu, maka blog ni byk dpenuhi oleh lagu2 je..heee. Selamat mendengar dan menghayati stp lagu yg di post dlm blog ni. Syukran.. terima kasih kerana sudi melawat blog ni..^___^

~ Satu C.I.N.T.A ~

Sentiasalah mengingati Allah dalam setiap saat kita berada di dunia ini, berusahalah mencari satu cinta, iaitu cinta Allah. Ingatlah, hanya cinta Allah yang mampu memberi ketenangan kepada kita, insyaAllah. Selamat menghayati lirik satu cinta ini dan semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada lirik ini.


Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan

Pendirianku... Keimananku...

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku...

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu
Ku pasrahkan...

Oh Tuhan... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Star Five-Satu Cinta 




~ Izinkanku melamarMu ~

Ya ALLAH..
Izinkanlah daku melamar cinta dan redhaMU..
Walaupun sudah berjuta kali aku sentiasa buat silap padaMU..
Namun percayalah..
Walaupun hati ini tidak sempurna dalam menyintaiMU,
Namun pada dasar hatiku,
Aku amat-amat perlukanMU..
Amat-amat perlu akan cinta dan rinduMU..

Ya RABB..
Jadikanlah daku wanita solehah yang diredhaiMu..
Jadikanlah aku persis Siti Khatijah,
Isteri solehah kesayangan Rasulullah..
Kurniakanlah padaku sifat anak solehah seperti Fatimah,
Wanita mukminah yang hanya harapkan syurgaMU
iaitu Asiah..
Wanita yang taat dan patuh akan ketentuanMU,
Maryam..
Dan kurniakanlah padaku,kecerdikkan dalam menuntut ilmu dunia akhiratMu,
seperti Aisyah r.a
dan peluklah cintaku agar menjadi seperti seorang wanita sufi yang begitu menyintaiMu,
Rabiatul Adawiyah..
Izinkanlah aku memiliki ciri-ciri wanita syurga ini,
Ya ALLAH..
Amin ya Rabbal 'Alamiiin...

~ nukilan haura' maqsurah ~

Ku harapkan setiap langkahku dibimbing olehMu Ya Allah. Jangan Kau tinggalkan aku walau sedetik ya Rabb. Kuatkan hatiku, langkahku dan pendirianku agar terus berada di landasan yang benar.. Aamiiin.. 



Tuesday, February 8, 2011

Ya Rasulullah...


Ya Rasulullah, kami bersaksi, sesungguhnya kamu telah menyampaikan risalah yang dipertanggungjawabkan ke atasmu oleh Allah ta'ala.
Kini giliran kami menanggungnya dan mengamalkannya, sebagai bukti kami umatmu dan hamba Allah yang tulen serta taat.
Namun akibat semua tidak mampu dicapai dek pancaindera fizikal, terlalu banyak culas dan lemahnya kami. Dosa kerap menjelma dalam kehidupan, hingga laranganmu kerap dilanggari, walau dalam sedar ia sebuah dosa. Anjuranmu pula selalu gagal dipenuhi, sedang kami bercita-cita menjadi insan yang paling hampir denganmu di akhirat kelak. Layakkah kami?
Ya Allah, jangan biarkan dosa yang kami lakukan, tidak lagi terasa gentar dengan azabmu, jangan dihilangkan rasa kesal dari jiwa kami, hingga tiada lagi debaran iman di jiwa dan hati kami.
Kami berusaha mengiringi segala kesilapan dengan taubat, istighfar dan gunungan harapan agar Allah menerima taubat hambaNya yang lemah seperti kami, serentak itu, kami juga berharap dirimu Ya Rasulullah, masih sudi menerima kami sebagai umatmu, yang layak untuk tergolong dalam bilangan mereka yang terpilih bagi menerima syafaat dan doamu di akhirat kelak.
Kami yakin dan sedar, sebuah pengharapan tanpa usaha tidak ubah seperti berdoa perolehan rezeki tanpa bekerja. Lalu ia hanya sebuah tawakal dan doa yang palsu.  
Justeru, kami akan terus memasang azam agar di ketika ramai manusia cuba menyambut dan mengenang tarikh kelahiranmu, kami pohonkan doa kepada Tuhan Yang Maha Esa dan Berkuasa, Ya Allah, agar kami insan lemah ini, diberi kekuatan jiwa dan hati untuk mendokong risalah perjuangan NabiMu.Teringat kami terhadap panggilanmu terhadap umatmu..umatku, umatku, umatku semasa dikau berada dalam kegeringan. Kini terpulang kepada kami untuk membuktikan panggilan belasmu itu disahut.  
Akan kami gali dengan lebih mendalam segala khazanah peninggalannmu Ya  Rasulullah, insan terpilih. Moga dengannya kami tahu dan mengerti keutamaan dalam melakar destinasi kehidupan, akhirnya memampukan kami terpilih sebagai insan terpilih untuk memperolehi redha Allah yang amat unggul dan syafaatmu yang khusus bagi mereka yang TERPILIH.
Akan kami berusaha bagi mempersembahkan ratusan malah ribuan bukti bahawa kami adalah Hamba Allah yang bersyukur dan umatmu yang patuh lagi taat, mengerti, memahami tujuan serta matlamat kehidupan kami yang singkat ini.
Kami sedar, mereka yang gagal pasti sangat ramai, yang berjaya juga masih ramai.
Masing-masing berlumba bagi mendapat tempat di sisimu. Justeru, kami akan terus ‘berlari' untuk mengejar sebuah kebaikan yang diiringi rasa ikhlas dan tulus. Moga dengannya, kami terpilih untuk bersamamu.
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad Bin Abdullah Sallallahu 'alayhi wa alihi wassalam Sesungguhnya setiap selawat yang dipanjatkan buat Rasulullah, akan dibalas olehnya sebanyak sepuluh kali ganda.Moga kita semua mampu berpuasa sunat di hari kelahirannya  juga.
-zaharuddin.net-
~begitu tersentuh hatiku ketika mmbaca artikel ini.. Ya Rasulullah, kami sgt merinduimu.. Mari kita perbanyakkan selawat kita ke atas Rasulullah S.A.W~



Wednesday, February 2, 2011

~ ReMiNdEr 4 mE & My fReNs... ~

1st week after holiday:

  1. 7/2 (Monday) - Fud_Ana quiz ( LIPID & ASH)
  2. 8/2 (Tuesday) - Halaqah_TSA 1_1st group (bace depan ustazah)

2nd week after holiday:

  1. 15/2 (Tuesday) - Fud_Biotech ( midterm:intro, plant, animal)
  2. 15/2 (tuesday) - Halaqah_TSA 1_2nd grup (bace depan ustazah)

* Fud_Safety midterm: bile2 mase je after cuti
* Pro_Development midterm: after launching Day
* Lab report Fud_Ana: submit lab report 2 weeks after did the exp

TESIS

1. 4th Week ( 28/1)- Order barang (last date seminggu after cuti midterm)
2. 8th Week   (4/3) - Submit Research Proposal
3. 11th Week (21/3) - Presentation
4. 14th Week (15/4) - Peralatan sampai
       (16/4) - da boleh start

~kredit to ummi syuhada~


Sunday, January 23, 2011

~ TeNaNgKaN hAtI AkU Ya Allah ~

KETAHUILAH SAHABAT......

Aku sedar & tahu bahawa aku tidak layak dianggap sebagai seorang yang beriman sehinggalah aku diuji....

Aku sedar & tahu Memang ALLAH akn temukan aku dengan orang yang tidak serupa dengan aku supaya aku boleh mendidik iman dan hatiku yang jarang dididik ini dengan baik juga untuk aku menjadi seorang penilai yang baik....

Aku sedar & tahu, memang ALLAH akan temukan aku dengan orang yang berlainan fikiran dan pandangan dengan aku supaya aku boleh berfikir bahawa aku ini hanyalah insan yang hina yang perlu mengharapkan pertolongan daripada ALLAH bukan semata-mata pada orang itu..

Aku juga sedar & tahu, Memang ALLAH akan temukan aku dengan orang yang langsung tidak tahu keadaan aku yang sebenar supaya aku lebih tahu untuk BERKASIH SAYANG dan mendapat KASIH SAYANG ITU khas untuk diriku daripada DIA yang lebih mengetahui keadaan aku berbanding diriku sendiri...

Aku sedar & tahu memang ALLAH akan temukan aku dengan orang yang pada mulanya aku anggap sempurna namun dia bukanlah siapa-siapa supaya aku bermuhasabah bahawa ALLAH itu MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG, sentiasa mengingatkan aku bahawa dia bukanlah pilihan yang Hebat untuk aku dan masa depan aku..

Aku sedar & tahu, memang ALLAH akan temukan aku dengan orang yang lain sangat perangainya dengan aku supaya aku dapat mengutip pengalaman yang banyak. bukan semua orang dapat rezeki macam aku ni tau..Alhamdulillah..

Aku masih sedar & tahu bahawa memang ALLAH akan menemukan aku dengan orang yang banyak komplen.. semuanya tak kena.. ini tak kene..itu tak kene.. ini sumenye supaya aku lebih kuat, menjadi manusia yang hebat jiwanya juga supaya aku lebih berhati-hati..

Aku juga sedar & tahu memang ALLAH akan temukan aku dengan orang yang akan memberi dan menabur fitnah pada aku... supaya aku lebih berhati-hati dan sedar dalam dunia ni ada manusia yang busuk dan tak tahu malu dan hanyalah Allah sahajalah yang suci dan bersih dari sikap-sikap tercela...

Aku sedar & tahu memang ALLAH akan temukan aku dengan orang yang kurang kasih sayangnya supaya aku sedar bahawa KASIH SAYANG yang aku nak tu hanya ada pada ALLAH..

Aku juga sedar & tahu memang ALLAH kan temukan aku dengan orang yang sombong dan suke bangga diri supaya aku takut untuk berlagak sombong diatas muka bumi ALLAH ini dan sesungguhnya dunia ini tidak kekal..

Aku sedar & tahu memang ALLAH akan temukan aku dengan orang tu.... tapi kenape aku ni msih tak kuat sedangkan aku tahu semua tu hanyalah ujian ALLAH pada aku... bagi menentukan aku ini layak atau tidak untuk melakar cinta aku di pintu-pintu syurga...
wahai sahabatku yang sedang kecewa dan derita kerana 'orang-orang itu'....

Ketahuilah dan sedarlah bahawa hidup kita ini sudah semakin sampai kepenghujungnya... kita tidak tahu samada hari esok masih menjadi milik kita atau tidak... jangan saampai ketika malaikat maut datang, kita sedang leke dengan 'orang-orang itu' tanpa memikirkan peringatan-peringatan ALLAH... gapailah keredhaan ALLAH.. laksanakan segala suruhannya dan tinggalkan segala larangannya...
Aku ingin melakar cinta ku di pintu-pintu syurga bersama sahabat-sahabatku..

 ~~NaSkHah CinTa~~

~ U-Turn Ke Jalan Yang Diredhai-Nya ~

“Assalamualaikum, maaf cikgu, saya lambat”, kata Aisyah yang terlambat ke kelas tambahannya pada petang itu. Cikgu Alif hanya tersenyum dan memberikannya helaian kertas latihan. Aisyah mengambil tempat duduk berhampiran dengan sahabat baiknya.
Firdaus yang dari tadi hanya tertunduk cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aisyah. Lama sudah dia memendam rasa. Dia sedar siapalah dia dibandingkan dengan Aisyah, seorang gadis yang cantik, bijak dan beragama.
Sepanjang mengenali Aisyah, jarang-jarang sekali dia melihat Aisyah berbual dengan lelaki lain, pakaiannya juga sentiasa menutup aurat, Perilakunya lemah-lembut, senyumannya manis. Itulah yang menarik hati Firdaus. Sedangkan Firdaus hanya seorang pelajar yang rendah akhlaknya, dia sendiri mengakui hal itu.Biarpun menuntut di sekolah agama, tetapi solatnya entah ke mana dan waktu-waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Suatu petang,Firdaus duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan, dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam. Firdaus menghampiri pintu pagar. Hampir terkeluar biji matanya melihat Aisyah sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya.
“Ganggu ke? Maaf lah..ni mak saya suruh hantar kepada mak awak. Asyraf pulang ke kampung .”Firdaus hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Mereka berbalas salam dan Aisyah berlalu pergi.
Asyraf... apakah kaitan Aisyah dan Asyraf? Semalaman Firdaus memikirkan perkara tersebut. Asyraf adalah rakan baiknya di kelas tambahan. Tetapi tidak pernah pula Asyraf menyebut tentang Aisyah. Dia akhirnya terlena. Dalam lenanya Aisyah bertandan lagi, cukup indah sekali baginya.
Keesokan paginya dia bangkit, bangkit dengan satu azam! Ya. Dia telah bertekad. Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Aisyah. Dia mahu memiliki Aisyah. Tidak mahu terlambat, Aisyah tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan orang lain.Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Aisyah.
Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang diterima. Alangkah gembiranya dia apabila salam perkenalannya disambut mesra. Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari.
Bagi Aisyah tiada salahnya hanya berkawan. Tidak pula dia sedari maksud sebenar Firdaus. Aisyah juga mengagumi wajah tampan Firdaus, tetapi perasaan itu disembunyikan daripada sesiapa pun. Aisyah yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Firdaus. Tiga hari selepas perkenalan mereka, Firdaus berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Aisyah.
“Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?, “Apa dia?”, Aisyah membalas ringkas.
“Kalau saya nak couple dengan awak, awak nak tak?”, Terasa hampir gugur jantung Aisyah tatkala membaca mesej Firdaus itu.
Tidak disangka sejauh itu niat Firdaus. Dia buntu memikirkan jawapannya. Memang sepatutnya dia menjawab “tidak” dengan tanpa ragu- ragu. Bukan dia tidak tahu couple itu hukumnya haram. Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata ya.
Firdaus juga sudah berjanji untuk berubah jika Aisyah menerimanya. Dia meminta masa selama tiga hari daripada Firdaus untuk memberikan jawapan. Firdaus pula hanya bersetuju. Tetapi sebenarnya Firdaus hairan kerana sebelum ini gadis-gadis yang ”dilamarnya” pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang.
Tempoh tiga hari yang dipinta Aisyah sudah berakhir. Firdaus menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu. Aisyah sudah bersedia dengan jawapannya. Firdaus menanti dengan penuh debaran sama ada dia dapat memiliki gadis yang dicintai dan dikaguminya. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Terketar-ketar tangan Firdaus membuka mesej.
“Maaf, saya tak boleh. Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa takut.”
Firdaus hanya terkebil-kebil. Spontan jarinya menaip mesej.” Tapi kenapa?” dan mesejnya dibalas “ Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”
“Kuno betul...macam orang tua dulu-dulu je. Kau ingat kau cantik dan baik sangat ke? Sombong...memilih pulak. Jadi anak dara tua nanti baru kau tahu!”, bentak Firdaus dalam mesejnya.
Aisyah merenung telefon bimbitnya, dan tanpa disedari air matanya menitis. Bukan dia menyombong, dan bukan pula dia memandang rendah pada Firdaus.
Sejujurnya ada perasaan cinta yang dipendam, namun dia lebih cintakan Allah, Allah tetap cinta utamanya. Dia nekad untuk membuat perubahan dalam diri dan mengabaikan cinta dunia buat masa ini. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Dia sedar masih jauh perjalanannya.
Setahun berlalu, Firdaus masih hanyut dalam dunianya sendiri. Dia masih belum dapat melupakan Aisyah. Baginya Aisyah seorang yang terlalu ekstrem dalam agama sehinggakan untuk bercouple pun dia takut, sedangkan pada zaman ini bercouple adalah trend masa kini. Baginya mereka masih boleh bercouple dan dalam masa yang sama, menjaga ada dan batas pergaulan mereka.
.
Suatu hari, Fitri, abang kepada Firdaus yang seorang pelajar perubatan di University of Bristol,UK pulang bercuti. Firdaus dan Fitri memang amat rapat sejak mereka kecil lagi namun kedua mereka mempunyai sikap yang sangat berbeza. Malam itu Firdaus datang ke bilik Fitri untuk berbual-bual dan melepaskan rindu. Firdaus berbaring di katil Fitri sambil termenung memandang syiling sementara menunggu Fitri yang sedang mandi.
Dari laptop Fitri lagu "UNIC-Atas Nama Cinta” berkumandang memenuhi ruang kamar itu. Firdaus hanya menikmati iramanya tanpa menghayati maknanya.
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya....
Tersentak Firdaus mendengar bait-bait kata lagu itu, seperti ada kaitan dengan dirinya. Bayangan Aisyah muncul di fikirannya, dia memainkan semula lagu itu dan kini dia betul-betul menghayati maksudnya. Pelbagai persoalan bertandang di kotak mindanya.
Sebaik sahaja Fitri selesai mandi, Firdaus segera bertanya kepada abangnya:
“Pit, kau kat sana tak ada girlfriend ke?”
“Hish kau ni, studytak habis lagi nak ada girlfriend apanya”.
“Kawan-kawan kau pun tak ada girlfriend?”
"Kawan-kawan aku adalah yang dah ada girlfriend.”
“Habis tu kau tak nak ada girlfriend? Muka kacak tak kan tak ada orang nak ? Ke sikit je Melayu kat sana?”
“Orang Melayu ramailah jugak. Tapi aku rasa ibu dan ayah tak bagi kot aku kahwin sekarang.”
“Pit! Alamak Pit. Aku bukan suruh kau kahwin la. Aku tanya ada tak kau couple dengan siapa-siapa.”
“Hish...Aku faham kau bukan suruh aku kahwin. Tapi tiada hubungan yang sah sebelum kahwin. Jodoh kita Allah dah tentukan.”
“Tapi kita kena lah cari,kan? Takkanlah jodoh datang macam tu je kat depan muka pintu?”
“Memang lah jodoh kena cari, tapi cari dengan cara yang diredhai Allah. Always remember my brother, matlamat tak menghalalkan cara. Tak pernah...”
“Habis tu macam mana nak jumpa jodoh kalau macam tu?”
Firman Allah SWT:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).[Surah An Nur, ayat 26]
“Wow. Kau pergi sana jadi ustaz ke? Habis tu maksudnya aku akan dapat perempuan tak baik la? Sebab aku ni macam jahat je.”
“Mungkin ya, mungkin tidak. Allah yang merancang. Kadang-kala Allah jadikan sebaliknya untuk kita saling melengkapi.”
“Kau nak isteri macam mana Pit ?”
“Kalau boleh aku nak isteri yang cintakan aku, rindukan aku..Dan semuanya kerana Allah.
“Aduhai... hahaha! Lawaknya. Habis tu kalau tak cantik macam mana?”
“Cantik tu subjektif la. Bagi aku cantik yang sebenarnya tu cantik dalaman. Because it will never fade away. Kalau kau sayang dia sebab cantik luaran semata-mata, kecantikan tu tak kekal, cuba kau bayangkan muka dia masa umur 80-an, kau sayang dia lagi tak agak-agaknya masa tu? Sebab tu bukan perkara main-main nak cari isteri, kena minta pandangan Allah. Insyaallah boleh berkasih-sayang sampai ke syurga. Jadi ketua bidadari aku kat syurga nanti. Rumahtangga pun diberkati.”
“Habis tu kalau couple tu jahatlah?”
“Allah larang kita bercouple. Kenapa? Nah. Baca artikel ni” Kata Pit sambil menghulurkan helaian artikel yang menjelaskan hukum couple.
“Rasulullah SAW pun pernah bersabda, kalau kita mengahwini seorang perempuan kerana agamanya, nescaya beruntunglah kita, insyaAllah”, pesan Fitri lagi.
“Oh...okey. Apa-apa pun, terima kasih ye. Okey lah Pit, aku nak tidur dah ni. Selamat malam.”
Malam itu tidur Firdaus tidak lena. Artikel itu pun sudah beberapa kali dikhatamnya. Rasanya dia sudah faham mengapa Aisyah menolak cintanya. Rasanya Aisyah seorang yang berpandangan jauh. Jauh sampai ke akhirat, bukan untuk dunia semata-mata.
Semalaman dia tidak dapat tidur. Dia melangkah ke bilik Fitri untuk berbual lagi dengan abangnya itu. Dia tidak pasti sama ada Fitri sudah tidur atau belum. Jam menunjukkan sudah pukul tiga pagi.Jika dahulu, Fitri masih mentelaah pelajaran waktu ini. Berhati-hati pintu bilik Fitri dikuak, kelihatan Fitri sedang berteleku di atas sejadah.
Perlahan-lahan Firdaus menghampiri Fitri yang sedang khusyuk berdoa dalam esak tangis. Dalam doanya dia menyebut:
“ Ya Allah ya Tuhanku... KasihMu sentiasa segar dalam setiap hembusan nafasku. Betapa lemahnya hambaMu ini. kepadaMu kelak tempatku kembali, janganlah kau biarkan cintaku terhadap dunia yang menipu daya ini melebihi cintaku padaMu.”
Jantung Firdaus mulai berdegup kencang semasa mendengar luahan hati Fitri di dalam doanya. Firdaus segera berlari menuju ke biliknya, dia menangis sepuas hati , entah dari mana datangnya air mata yang begitu kuat sekali mengalir membasahi pipinya, dia juga kurang pasti. Yang dia tahu hatinya terasa tidak tenang, dia mempunyai segala-galanya namun masih terasa kekosongan.
Terasa betapa jauhnya dia dari Tuhan. Betapa lemahnya dia. Dia mengambil wuduk dan menghamparkan sejadah, berhabuk sejadah itu diselaputi kejahilannya. Dia menunaikan solat fardhu Isyak. Hatinya berasa sedikit tenang.
Esoknya, pagi-pagi lagi dia telah berjumpa Fitri.
“Pit, aku rasa macam nak berubah la.”
“Alhamdulillah. Gembira aku dengar, tapi tiba-tiba je?”, tanya Fitri sedikit kehairanan.
“ Sebenarnya semalam aku dengar kau minta ampun pada Allah, kenapa kau menangis? Aku rasa kau ni macam baik sangat. Tak macam aku ni...”
“ Baik la sangat kan. Daus, cuba bandingkan amalan kita dengan amalan para nabi dan sahabat, macam langit dengan bumi! Aku takut Allah tak terima taubat aku selama ini. Hari-hari macam-macam dosa aku buat, ada yang sedar, ada yang tak sedar. Itu tak termasuk lagi dosa masa zaman jahiliah aku dulu.”
“Kau tak rasa malu ke kalau ada orang tahu lelaki macho macam kau ni menangis malam-malam?”
“ Malu? Kenapa? Daus,memang malu tu sebahagian daripada iman, tapi malu kenalah bertempat. Hakikatnya malu itu tak mendatangkan sesuatu pun melainkan kebaikan . Bukan satu perkara yang memalukan pun.
Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat, ketua negara. Baginda telah dijanjikan Allah tempat di syurga namun baginda masih beristighfar tidak kurang 100 kali sehari, kita macam mana? Baginda sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki, kita pula?
“ Best ke menangis malam-malam ini.”
“ Best. Best sangat. Macam kau bercakap dengan seorang yang setia dengar tak kira apa pun masalah kau, tak kira masa. Yang tak hina kelemahan kau. Dia bagi kekuatan pula pada kau. Yang tak jemu dengar rintihan kau. Yang pujuk kau dengan janji-jani yang pasti. Yang suka dengar permintaan kau. Yang beri kau rezeki. Yang tahu apa yang terbaik untuk kau. Macam i tulah rasanya.”
“Ada ke orang yang macam tu?”
“Memang tak ada lah yang setia macam tu. Hanya Allah yang Maha mendengar. Allah dekat dengan kita.”
Allah berfirman:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah: 186]
Indahkan ayat-ayat Allah? Jadikan Allah sebagai kekasih kita, dan Quran adalah ayat-ayat cintaNya. 200% sure akan rasa bahagia lepas ni, sampai akhirat, selama-lamanya...insyaAllah.”
Fitri menghulurkan sebuah buku bertajuk tulisan Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan. Dia berasa cukup bahagia dengan minat adiknya untuk berubah. Dalam hatinya dipanjatkan doa agar adiknya terus istiqamah di jalan Allah.
“Kalau nak berubah kena kuat tau, macam-macam dugaan. Dunia ni penuh tipu daya. Bukan suruh kau abaikan dunia sampai tak belajar, tapi buat apa-apa pun mesti kerana Allah. Allah suruh kita teroka ilmu sedalam mungkin. Kena istiqamah tau. Apa-apa masalah rujuk la ustaz ke… atau orang-orang alim, jangan pergi tanya orang sesat pula.”
“Tak tua sangat ke aku ni nak u-turn semula?”.
“ Tua ke? Aku lagi tua. Umur baru 16 dah kata tua. Bro, never too old to learn, never too late to turn. Aku akan selalu doakan kau. Uhibbuka fillah khair kathira.”
“ Okey, thanks Pit. Kau memang understanding lah..,uhibbuka fillah aidhon. bluek!”, usik Firdaus sebelum melangkah keluar dari bilik Fitri.
Perubahan sikap Firdaus sedikit sebanyak telah menjadi perangsang kepada mereka untuk turut berubah. Buku itu mula dibelek-belek. Setiap helaian dihayati dengan penuh minat. Hatinya terasa tenang. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan dalam dirinya. Hobi lamanya yang tidak berfaedah sudah lama ditinggalkan.
Dia juga mula berdakwah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada mulanya dia mendapat cemuhan, kata mereka Firdaus berubah untuk Aisyah, tetapi Firdaus tetap dengan prinsipnya kerana dia yakin Allah dekat dengannya dan Allah Maha Mengetahui niatnya.
Kecekalan dan ketabahan Firdaus berkat rahmat ilahi mendekatkan dirinya dengan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor yang akan mampu merawat penyakit jasmani dan rohani bangsanya. Dia kini bergelar seorang graduan dari Universiti Ain Shams.Menunggu untuk melapor diri di Hospital Tengku Ampuan Fatimah, Pekan Pahang.
Tengahari tadi juga dia selamat diijab kabulkan dengan bidadari yang dinantinya sekian lama, Aisyah Humaira’ binti Ibrahim. Berkat bantuan kembar Aisyah, Asyraf Mukmin sebagai orang tengah. Malam itu mereka solat sunat pengantin baru bersama. Selesai solat, mereka bersalaman. Kelihatan permata jernih mengalir membasahi pipi Aisyah.
Dia turut sebak menahan tangis. Namun dengan tenang dia mengawal perasaan.
“Kenapa Humaira’ menangis? Humaira’ sedih ke?”
“Bukan Abang, Humaira’ bersyukur sangat. Kasihnya Allah pada kita, disimpulkan kita dengan ikatan suci. “Abang pun gembira sangat Humaira’, Allah kurniakan abang bidadari yang sangat cantik, cantik segala-galanya. Lengkap separuh agama abang. alhamdulillah... ”
Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi. Tempat datang dan kembalinya segala nikmat. Tempat selayaknya dikembalikan segala puji-pujian. Benarlah hidayahNya disalurkan melalui pelbagai cara, alhamdulillah...
- http://iluvislam.com/ -